Seminar Kebangsaan Fiqh Dakwah dalam Malaysia Madani

Buku Atur Cara

Latar Belakang

Malaysia MADANI merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat. MADANI merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Enam nilai teras MADANI dicerakin sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain. Enam teras Malaysia MADANI ialah Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. Berdasarkan realiti Malaysia adalah masyarakat majmuk yang mempunyai kepelbagaian bangsa dan suku kaum, agama, budaya serta adat resam. Kepelbagaian tersebut perlu disantuni dalam bingkai kesatuan Malaysia MADANI.

Dalam konteks Islam, umat Islam perlu menangani kepelbagaian tersebut dari pelbagai aspek termasuklah dakwah yang sifatnya antara al-thabat (tetap) dengan al-murunah (anjal) supaya Islam dapat difahami, dihayati, diamalkan dan dijadikan panduan hidup. Tambahan pula, dakwah yang dilaksanakan memerlukan suatu kefahaman (fiqh) yang menyeluruh dengan mengambilkira prinsip dan pendekatan dalam Malaysia MADANI. Penganjuran Seminar Kebangsaan Fiqh Dakwah dalam Malaysia Madani ini diharap menjadi platform para academia dan pengkaji mengemukakan idea dan input baru dalam mengangkat dakwah sebagai wahana penting yang memperlengkapkan enam teras Malaysia MADANI. Seminar Kebangsaan Fiqh Dakwah dalam Malaysia Madani (SKFDMM) ini adalah lanjutan Siri Seminar Dakwah anjuran Pusat kajian Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 1998.

Objektif Program

  • Menyediakan forum (ruang/ platform) kepada pelbagai pihak membincangkan aspek fiqh dakwah dari pelbagai perspektif dalam konteks Malaysia Madani.
  • Merumuskan sifat akomodasi dakwah ketika menangani kepelbagaian budaya masyarakat dalam Malaysia Madani.
  • Memperkasakan peranan dakwah dalam menyantuni dan meraikan kepelbagaian budaya masyarakat dalam Malaysia Madani.

Tarikh dan Tempat

đź—“ Tarikh: 15 Oktober 2025
⏱ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

📍Tempat: Bilik Senat & Fakulti Pengajian Islam, UKM
📍Lokasi dalam peta: https://maps.app.goo.gl/8YvVc2Z15yhaMnei9

Tarikh Penting Kertas Kerja:
📌 20 September 2025: Tarikh akhir penghantaran abstrak.
📌 5 Oktober 2025: Tarikh akhir penghantaran kertas kerja.

Tema dan Sub-Tema

Tema: Dakwah Lestari Masyarakat Madani

Sub-Tema

  • Dakwah dan masyarakat majmuk
  • Dakwah dan pengurusan/ pentadbiran
  • Dakwah dan psikologi/ kaunseling
  • Dakwah dan sosiologi
  • Dakwah dan komunikasi
  • Dakwah dan budaya/ bahasa
  • Dakwah dan kenegaraan/ politik/ kepimpinan
  • Dakwah dan muallaf
  • Dakwah dan falsafah
  • Dakwah dan ekonomi/ keusahawanan
  • Dakwah dan kesejahteraan hidup
  • Dakwah dan akidah
  • Dakwah dan maqasid syariah
  • Dakwah dan wasatiyyah
  • Lain-lain tema berkaitan dengan Fiqh Dakwah

Yuran

📌Pembentang
Ahli Akademik/ Penyelidik/ Awam: RM 150
Pelajar IPTA/ IPTS: RM 100
Pembentang dalam talian (semua kategori) : RM100

📌Kertas Sisipan (semua kategori): RM50

[Kertas sisipan ialah kertas kerja yang dihantar untuk dimasukkan dalam e-prosiding, namun tidak dibentangkan dalam seminar]

📌Peserta Biasa
Ahli Akademik/ Penyelidik/ Awam/ Pelajar IPTA/ IPTS: RM 30
Pelajar Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan: PERCUMA!

✨ Yuran penyertaan adalah termasuk makan/ minum dan bahan seminar.

Panggilan Kertas Kerja

Peluang pembentangan kertas kerja adalah dibuka kepada semua ahli akademik, siswa-siswi, penyelidik, pengamal dan seluruh masyarakat.

Pembentang boleh mendaftar untuk membuat pembentangan secara bersemuka atau pun secara online

📌 Kertas kerja dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

📌 Format penulisan kertas kerja menggunakan template ini. Klik di sini: DOWNLOAD TEMPLATE.

📌 Peluang penerbitan:

  • E-prosiding
  • Bab dalam buku
  • Jurnal terpilih
    • Kertas kerja yang terpilih dan menepati kriteria penerbitan tertentu akan dicadangkan (dengan persetujuan penulis) diterbit sebagai bab di dalam buku suntingan terbitan penerbit tersohor atau dalam jurnal berwasit. Kos penerbitan tersebut akan ditanggung oleh penulis.

Pendaftaran

Pendaftaran sebagai peserta dan pembentang boleh dilakukan dengan menggunakan borang dalam link berikut:
https://bit.ly/seminarfiqhdakwah

Peserta dan pembentang boleh mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat bayaran. Bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum seminar.

Pembentang boleh menggunakan borang yang sama untuk upload abstrak dan kertas kerja.

Atur Cara Utama

Masa Acara Tempat
8.00 pagiKehadiran dan Pendaftaran PesertaRuang Legar Bilik Senat
(Aras 5, Bangunan Canselori UKM)
8.30 pagiMinum PagiDewan Bankuasi
(Aras 1, Bangunan Canselori UKM)
Pembentangan Kertas Kerja Jemputan
9.00 – 10.45 pagiPembentangan 1
Pembentang: Prof. Dr. Abdul Ghafar Don,
Pengerusi Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tajuk: Fiqh Dakwah dan Multi Etnik di Malaysia  
Pembentangan 2
Pembentang: Dr Hj. Ann Wan Seng,
Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Tajuk: Fiqh Dakwah kepada Masyarakat Cina  
Pembentangan 3
Pembentang: En Shah Kirit Kakulal Govindji
Presiden Global Unity Network
Tajuk: Fiqh Dakwah dalam Dailog Interfaith.  
Sesi Soal Jawab
Bilik Senat
Ucaptama
11.00 pagi –
11.45 tengahari
Pembentang Ucaptama:
Dr Muhammad Yamin Ismail
Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Tajuk: Fiqh Dakwah dalam Malaysia Madani
Bilik Senat
Majlis Perasmian
12.00 tengahariKetibaan tetamuBilik Senat
12.15Ucapan aluan Pengerusi Majlis
 Lagu Negaraku Lagu Varsiti kita Bacaan Doa
12.30Ucapan Dekan
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Prof. Dato’ Dr Mohd Izhar Arif Mohd Kashim
12.40Ucapan Perasmian Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Prof. Dr. Sufian Jusoh
12.55Penyampaian cenderamata
Sesi bergambar
1.00Majlis tamat
1.00Makan TengahariDewan Bankuasi
Solat/Rehat
Pembentangan Selari
2.15 – 4.15 petangSidang 1 (bersemuka)
Sidang 2 (bersemuka)
Sidang 3 (bersemuka)
Sidang 4 (dalam talian)
Sidang 5 (dalam talian)
Bilik Senat/ Bilik Bitara
Fakulti Pengajian Islam/
Bilik Mesyuarat Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan FPI UKM/
Pelantar dalam Talian
Majlis Penutup
4.30 petangTetamu mengambil tempatBilik Senat
4.40 petangUcapan pengerusi majlis
Bacaan doa
Ucapan:
Ustaz Osman bin Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Masjid Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  

Prof. Dr Abdul Ghafar Don
Pengerusi Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia    
5.00 petangMinum Petang dan bersuraiDewan Bankuasi

Atur Cara Sidang Pembentangan Selari Kertas Kerja

SIDANG 1

MASA : 2.15 – 4.15 PETANG

TEMPAT : DEWAN SENAT, BANGUAN CANSELORI

PENGERUSI SIDANG :

PEMBENTANGTAJUK
1DR. SITI JAMIAAH ABDUL JALILMADINAH DALAM AL-QURAN: ANALISIS TEMATIK TERHADAP FIQH DAKWAH KE ARAH PEMBANGUNAN MASYARAKAT AL-FALAH
2USTAZ ANUAR PUTEH
PROF. DR. ABDUL GHAFAR DON,
DR. ZULKEFLI AINI,
DR. KHAZRI OSMAN,
DR. YUSOF MARLON ABDULLAH
MENYANTUNI MUALAF BERPANDUKAN KEPADA AYAT 60 SURAH AL-TAWBAH
3USTAZ NORAZMAN AMATKREATIVITI SENI DARI PERSPEKTIF ISLAM SEBAGAI MEDIUM DAKWAH DAN KAUNSELING
4DR. MUHAMAD FAISAL ASHA’ARIPEMBANGUNAN KERANGKA KONSEP EDUTAINMENT DAKWAH DI TIKTOK
5MUHAMMAD HAZIM MOHD AZHARTASAMUH SEBAGAI ASAS PENDEKATAN DAKWAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK: ANALISIS KONTEKSTUAL DI MALAYSIA

SIDANG 2

MASA : 2.15 – 4.15 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT BITARA 

  FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.

PENGERUSI SIDANG :

PEMBENTANGTAJUK
1NURUL WIDYAMIRZA BINTI SUJAN @ JAN,
PROF. DR. ABDUL GHAFAR DON
ZIONISME: PERSPEKTIF ISLAM DAN GEOPOLITIK KONTEMPORARI MENURUT MAQASID AL-SYARIAH
2SYIMIR ASYRAAF EDDIE HALIM,
ROSHIMAH SHAMSUDIN

LEGITIMASI PRINSIP MAJORITI DALAM PENENTUAN KEBENARAN AKIDAH: KAJIAN TEKS AL-BAYHAQI DARI PERSPEKTIF HADITH
3MOHAMAD EHSAN BIN SEBRI,
ROSHIMAH SHAMSUDIN
PEMAHAMAN ZIKIR DALAM KALANGAN PELAJAR IJAZAH TINGGI PENGAJIAN ISLAM
4YUSOF HILMI BIN BAKRU ROZI,
DR HASANAH ABD KHAFIDZ
ELEMEN AKIDAH DALAM PERMAINAN VIDEO DIGITAL: DAKWAH ATAU ANCAMAN?
5NOVAADILA BT ERIZAL,
DR. MOHAMAD ZULKIFLI ABDUL GHANI
PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PERANAN MASJID DALAM MEMBENTUK PENGLIBATAN SOSIAL DAN PERKEMBANGAN HOLISTIK KANAK-KANAK

SIDANG 3

MASA : 2.15 – 4.15 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT PUSAT KAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.

PENGERUSI SIDANG :

PEMBENTANGTAJUK
1
MUHAMMAD NAJMI AIMAN NUZULUL HADI,
NIK NUR HANAN MU’AZ,
DR. KHAZRI OSMAN
INTEGRITI PENDAKWAH DALAM PENYAMPAIAN HADIS: CABARAN DAN TUNTUTAN ILMIAH
2MUHAMMAD MUSTAQIM AMRAN,
DR. SITI AISHAH YAHYA
PENDEKATAN SELF-HEALING DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENGURUSAN EMOSI DALAM KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
3NURUL ABRAR BINTI MD ISAMENYINGKAP NILAI KESEJAHTERAAN DALAM TADBIR URUS WABAK: SUATU ANALISIS TERHADAP KITAB “ITHAF AL-MUNSIFFIN” (1836)
4DR. SITI BADRIYAH YAAKOPKESEDARAN DAN AMALAN PSIKOSPIRITUAL DALAM KALANGAN DOKTOR PERUBATAN PERTUBUHAN AMAL PERUBATAN IBNU SINA MALAYSIA (PAPISMA)

SIDANG 4

MASA : 2.15 – 4.15 PETANG

TEMPAT : ZOOM MEETING (ONLINE) 

  FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.

PENGERUSI SIDANG :

PEMBENTANGTAJUK
1PROF. MADYA DR. NIK MD SAIFUL AZIZI NIK ABDULLAH,
OSSMAN NORDIN,
RABI’ATUL ATHIRAH MUHAMMAD ISA @ OMAR
THE INTERSECTION OF SURAH AL-KAHF AND THE ‘MALAYSIA MADANI’ CONCEPT: ISLAMIC TEACHING PRINCIPLES AS A FRAMEWORK FOR SOCIETAL HARMONY AND TRANSFORMATION
2MUHAMMAD ZAQWAN YUSUF,
DR. SITI AISHAH YAHYA,
PROF. DR. SALASIAH HANIN HAMJAH
SELF-HEALING AND ADOLESCENT MENTAL HEALTH (1975-2025): A BIBLIOMETRIC MAPPING AND ITS IMPLICATIONS FOR ISLAMIC COUNSELING AND MADANI SOCIETY
3SYAIRAH SAID,
PROF. MADYA DR. A’DAWIYAH ISMAIL
PERANAN KAUNSELING ISLAM DALAM MENANGANI PPD (POSTPARTUM DEPRESSION) DALAM KALANGAN WANITA MUSLIM: PENDEKATAN DAKWAH
4ANOUD MOHAMMAD AL-MARRI,
DR. HASANAH ABD KHAFIDZ,
DR. KHAZRI OSMAN
 
PERBANDINGAN ANTARA KEPIMPINAN TRADISIONAL DAN KEPIMPINAN KREATIF: IMPLIKASI TERHADAP PEMBENTUKAN KEPIMPINAN ISLAM

SIDANG 5

MASA : 2.15 – 4.15 PETANG

TEMPAT : ZOOM MEETING (ONLINE) 

  FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.

PENGERUSI SIDANG :

PEMBENTANGTAJUK
1SUWAIBAH BINTI AFFANDYKONSEP NILAI HORMAT DALAM FIQH DAKWAH: RELEVANSI TERHADAP PEMBINA KELUARGA MALAYSIA MADANI
2PROF. MADYA DR. MOHD SHUKRI HANAPI,
SITI JALILAH AHMAD
PELETAKAN TASAWUR ISLAM SEBAGAI ACUAN PEMBANGUNAN MALAYSIA-MADANI (PMM)
3AZRINA BINTI SOBIAN,
NORKUMALA BINTI AWANG,
FEEZYHA BINTI AZMI
KAJIAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) ALAM SEKITAR DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI: PROJEK TENAGA SOLAR DI KAMPUNG DAGAT, SABAH
4MOHD AZAM BIN ABDULLAHPENDEKATAN DAKWAH WASATIYYAH DALAM MENGHARMONIKAN PERBEZAAN MANHAJ BERAKIDAH

E-Prosiding

Maklumat Perhubungan

✨Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Urus Setia SKFDMM 2025,
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi.
Tel: 03-89213154 / 03-89215528
Emel: zulaini@ukm.edu.my