
Latar Belakang
MALAYSIA adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam, agama dan kepercyaan. Kerencaman masyarakat Malaysia dapat dilihat kepada pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan dan tempat tinggal. Malaysia juga sering dirujuk sebagai model negara Islam yang sederhana dengan pelbagai kaum dapat hidup secara keharmonian dan Sejahtera. Namun demikian, di akhir-akhir ini kelihatan aspek keharmonian dan perpaduan kaum dilihat sedikit terjejas kerana beberapa faktor khusus isu politik dengan timbulnya isu 3R (Race, Religion, Royal).
Dalam menangani isu-isu ini, dakwah dilihat sebagai alternatif yang boleh berperanan bagi membina keharmonian, keamanan dan kemakmuran masyarakat majmuk Malaysia yang pelbagai budaya. Penganjuran Seminar Kebangsaan Dakwah dan Silang ini diharap menjadi platform para akademia, pengkaji mengemukakan idea dan input baru dalam konteks menyantuni masyarakat majmuk Malaysia melalui pendekatan dakwah. Seminar Kebangsaan Dakwah dan Silang Budaya (SKDSB) ini adalah lanjutan Siri Seminar Dakwah anjuran Pusat kajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 1998.
Objektif Program
- Menyediakan forum (ruang/platform) kepada pelbagai pihak membincangkan aspek silang budaya dalam pelbagai perspektif.
- Memperlihatkan sifat akomodasi dakwah dalam menangani kepelbagaian budaya masyarakat.
- Memperkasakan peranan dakwah dalam menyantuni dan meraikan kepelbagaian budaya masyarakat.
Tarikh dan Tempat
🗓 Tarikh: 16 Oktober 2024
⏱ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tarikh Penting Kertas Kerja:
📌 30 Ogos 2024: Tarikh akhir penghantaran abstrak.
📌 30 September 2024: Tarikh akhir penghantaran kertas kerja.
📍Tempat: Bilik Senat & Dewan Sheikh Othman Sarawak, UKM
📍Lokasi dalam peta: https://maps.app.goo.gl/8YvVc2Z15yhaMnei9
Tema dan Sub-Tema
Tema: Dakwah Lestari Masyarakat Harmoni
Sub-Tema
🔹Peranan Dakwah keharmonian hidup bermasyarakat
🔹Transformasi dakwah dalam kepelbagaian budaya masyarakat
🔹Psikologi dakwah dalam membina kehidupan Masyarakat yang harmoni
🔹Komunikasi dakwah dalam masyarakat silang budaya
🔹Pengurusan strategik dakwah dalam masyarakat silang budaya
🔹Peranan dakwah dalam menangani gugatan akidah dalam masyarakat silang budaya
🔹Kesejahteraaan hidup dalam dunia masyarakat silang budaya (agama, ekonomi, kesihatan, pendidikan, sosial dan individu)
🔹Amalan terbaik dalam pendekatan dakwah masyarakat silang budaya
🔹Adab ikhtilaf dalam dakwah masyarakat silang budaya
🔹Politik dan kepimpinan sebagai wasilah dakwah dalam masyarakat silang budaya
🔹Peranan Wanita dan keluarga dalam dakwah masyarakat silang budaya
🔹Lain-lain tema berkaitan
Yuran
📌Pembentang
Ahli Akademik/Penyelidik/Awam: RM 150
Pelajar IPTA/IPTS: RM 100
Pembentang dalam talian (semua kategori) : RM100
📌Kertas Sisipan (semua kategori): RM50
[Kertas sisipan ialah kertas kerja yang dihantar untuk dimasukkan dalam e-prosiding, namun tidak dibentangkan dalam seminar]
📌Peserta
Ahli Akademik/Penyelidik/Awam: RM 100
Pelajar IPTA/IPTS: RM 50
✨ Yuran penyertaan adalah termasuk makan/minum dan bahan seminar.
Panggilan Kertas Kerja

Peluang pembentangan kertas kerja adalah dibuka kepada semua ahli akademik, siswa-siswi, penyelidik, pengamal dan seluruh masyarakat.
Pembentang boleh mendaftar untuk membuat pembentangan secara bersemuka atau pun secara online
📌 Kertas kerja dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
📌 Format penulisan kertas kerja mengikut format APA. Sila gunakan template ini. Klik di sini: DOWNLOAD TEMPLATE.
📌 Peluang penerbitan:
Kertas kerja yang terpilih dan menepati kriteria penerbitan tertentu akan dicadangkan (dengan persetujuan penulis) diterbit di dalam buku suntingan terbitan penerbit tersohor atau dalam jurnal berwasit. Kos penerbitan tersebut akan ditanggung oleh penulis.
Pendaftaran
Pendaftaran sebagai peserta dan pembentang boleh dilakukan dengan menggunakan borang dalam link berikut:
https://shorturl.at/oXBQo

Peserta dan pembentang boleh mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat bayaran. Bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum seminar.
Pembentang boleh menggunakan borang yang sama untuk upload abstrak dan kertas kerja.
Atur Cara Utama
| Masa | Acara |
| 8.00 pagi | Kehadiran & Pendaftaran Peserta |
| 8.30 pagi | Minum Pagi |
| 9:00 Pagi | Sidang Pembentangan Selari 1 |
| 11.00 pagi | Majlis Perasmian |
| 12.45 tengah hari | Jamuan Makan Tengahari |
| 1.00 petang | Rehat & Solat Zuhur |
| 2.00 petang | Sidang Pembentangan Selari 2 |
| 4.00 Petang | Majlis Penutup |
| 4:45 petang | Minum Petang & Bersurai |
Atur Cara Pembentangan Kertas Kerja
SIDANG 1
MASA : 9.00-11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT BITARA, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
PENGERUSI SIDANG :DR. ZULKEFLI AINI
| BIL | PEMBENTANG | TAJUK |
| 1 | PROF. DR. ABDUL GHAFAR BIN DON Pensyarah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia | FIQH WASATIYYAH PENDAKWAH DALAM MEMBINA KEHARMONIAN MASYARAKAT |
| 2 | DR. HAJAR BIN OPIR Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam | NARATIF MESEJ DAKWAH DALAM KARYA KREATIF: ANALISA FILEM ANIMASI MECHAMATO MOVIE |
| 3 | MUHAMMAD SOLEH BIN NOR HASHIM Pelajar Siswazah Program Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | PENDIRIAN PENDAKWAH TERHADAP ISU MELABEL DAN MENYALAHGUNAKAN ISTILAH |
SIDANG 2
MASA : 9.00-11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK ACTIVE LEARNING, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
PENGERUSI SIDANG :DR. HASANAH ABD. KHAFIDZ
| PEMBENTANG | TAJUK | |
| 1 | DR. MOHD KAMIL BIN AHMAD, DR. NURUL IMAN MOHD ZAIN Pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) | PENGAJARAN KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA BAGI MENANGKIS FAHAMAN ATEISME DALAM MASYARAKAT SILANG BUDAYA |
| 2 | ENCIK ANUAR BIN PUTEH Pensyarah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | PERKAHWINAN CAMPUR SEBAGAI MANGKIN DAKWAH SILANG BUDAYA |
| 3 | IKHWAN MUJAHID BIN SAIFULZAMANI Pelajar Siswazah Universiti Islam Selangor | TEKNOKRAT DALAM DAKWAH SILANG BUDAYA |
SIDANG 3
MASA : 9.00-11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT TAN SRI ABDUL JALIL, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
PENGERUSI SIDANG :DR. KHAZRI OSMAN
| PEMBENTANG | TAJUK | |
| 1 | MOHD JAINUDIN MOHD PERAN Pelajar Siswazah Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI UKM | PERSEPSI SAUDARA BARU TERHADAP USAHA DAKWAH ORGANISASI ISLAM DI SABAH |
| 2 | DR. ANISAH BAHYAH AHMAD Pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) | KETOKOHAN DAN PEMIKIRAN ZAABA SEBAGAI PENDOKONG DAKWAH DI TANAH MELAYU |
| 3 | PROF. MADYA DR. AZMAN YUSOF Pensyarah UniKL MICET | PEMIKIRAN DAKWAH ABDULLAH MUNSYI DALAM HIKAYAT ABDULLAH |
SIDANG 4
MASA : 9.00-11.00 PAGI
TEMPAT : ZOOM MEETING (ONLINE)
PENGERUSI SIDANG : DR. MUHAMMAD FAISAL ASHA’ARI
| PEMBENTANG | TAJUK | |
| 1 | DR. NORCIKEYONN SAMUNI Pensyarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS, Kampus Antarabangsa Labuan | INTEGRITI DAN ANTI RASUAH DALAM DAKWAH KELUARGA – KAJIAN PERANAN WANITA DALAM MASYARAKAT SILANG BUDAYA |
| 2 | SITI HANISAH BINTI SABRI Pelajar Siswazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah | PENGGUNAAN MEDIA BAHARU SEBAGAI MEDIUM INTERAKSI ANTARA AGAMA DALAM KALANGAN BELIA DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) |
| 3 | NOR DIYANAH BINTI ZAFRI Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam | MODEL DAKWAH INTERAKTIF TERHADAP GOLONGAN BELIA MELALUI MEDIA SOSIAL |
| 4 | AYESHA AKTER SUMI Student of Faculty Islamic Studies | THE PROMOTION OF DAWAH THROUGH INTERFAITH DIALOGUE: A STRATEGIC APPROACH TO RELIGIOUS HARMONY IN MALAYSIA |
| 5 | CIK WAN ZUHAIRA NASRIN BINTI WAN ZAINUDIN Pelajar Siswazah bagi Fakulti Pengajian Islam, UKM | AMALAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU KELANTAN DALAM DAKWAH SILANG BUDAYA |
SIDANG 5
MASA : 2.15-4.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT BITARA, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.
PENGERUSI SIDANG :PROF. DATO’ DR. FARIZA MD. SHAM
| PEMBENTANG | TAJUK | |
| 1 | PROF. MADYA DR. A’DAWIYAH BINTI ISMAIL Pensyarah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI UKM | PERKAHWINAN SILANG BUDAYA PASANGAN JEPUN |
| 2 | RAUDHATUL JANNAH BINTI MOHD ROZLI Student of Faculty Academy Of Contemporary Islamic Studies | ANALISA USLUB DAKWAH BERDASARKAN AL-QURAN SURAH AN-NAHL, AYAT 125: SATU SOROTAN |
| 3 | SITI NUR FATIN BINTI NORASID Pelajar Siswazah Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI UKM | KEBERKESANAN DAKWAH KEPADA SAUDARA BARU |
SIDANG 6
MASA : 2.15-4.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT DATO’ DR. HARUN DIN, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
PENGERUSI SIDANG :DR. MUHAMMAD ZULKIFLI ABD. GHANI
| PEMBENTANG | TAJUK | |
| 1 | DR. ROSLIEZA BINTI ROSLI Pensyarah Pusat Pengajian Antropologi Dan Dakwah, FSSG UNISZA | DAKWAH SILANG BUDAYA DALAM ERA DIGITAL: PELUANG DAN CABARAN |
| 2 | DR. AIDA HARTINI BINTI NAN Pensyarah Jabatan Usuluddin, FPISSl, USAS | PERSEDIAAN PENDAKWAH DALAM KONTEKS SILANG BUDAYA MELALUI PENELITIAN TERHADAP SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W |
| 3 | NOR AZLINA BINTI IBRAHIM Pelajar Siswazah Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI UKM | PENDEKATAN PENDAKWAH DALAM MASYARAKAT MULTIETNIK: KAJIAN KUANTITATIF DI SARAWAK |
SIDANG 7
MASA : 2.15-4.00 PETANG
TEMPAT : ZOOM MEETING (ONLINE), FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
PENGERUSI SIDANG :DR. ABU DARDAA MOHAMAD
| PEMBENTANG | TAJUK | |
| 1 | PROF. MADYA DR. MARIAM ABD. MAJID Pensyarah Universiti Islam Selangor | PENDEKATAN MENJINAKKAN (AL-TA’LIF) DALAM PELAKSANAAN DAKWAH SILANG BUDAYA MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM |
| 2 | WEDAD SAEED ALTENEIJI Faculty of Islamic Studies | THE ROLE OF WOMEN AND FAMILIES IN DAWAH IN MULTICULTURAL SOCIETIES |
| 3 | TALAL MOHAMMED SAEED ALAKIM ALZAABI Student of Institute Islam Hadhari, UKM | THE ROLE OF ISLAMIC DAWAH IN ACHIEVING SOCIAL COHESION |
| 4 | ISRA’ GHAZI IBRAHIM MUHAMMAD Student of Institute Islam Hadhari, UKM | اتّجاهات الشّعوب نحو الموسيقي في البلدان المضطربة امينا العراق انموذجا قبل وبعد 2003 |
| 5 | SAMI AHMED FARAJ ALHUZAILI Student of Institute Islam Hadhari, UKM | تأثير اللوجستيات العكسية على الاستدامة والأداء التنظيمي والميزة التنافسية في ضوء رؤية عمان 2040 |
SIDANG 8
MASA : 2.15-5.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT TAN SRI ABDUL JALIL, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
PENGERUSI SIDANG :DR. HASANAH ABD. KHAFIDZ
| PEMBENTANG | TAJUK | |
| 1 | ZULKEFLI BIN AINI Pensyarah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI UKM | PENGETAHUAN TENTANG KEARIFAN TEMPATAN (LOCAL WISDOM) SEBAGAI TOPIK KOMUNIKASI DAKWAH: KAJIAN AWAL MASYARAKAT ORANG ASLI SEMAI DI KAMPUNG ORANG ASLI BAH RENYIS POS MENSON CAMERON |
| 2 | WAN MUHAMMAD AZIZI BIN WAN MOHD RAHIMI Pelajar Praiswazah Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI UKM | DAKWAH SILANG BUDAYA: SUMBANGAN WANITA DALAM SEJARAH TAMADUN ISLAM |
| 3 | NURUL AIN WAHIDAH BINTI RAZALI Pelajar Siswazah Fakulti Pengajian Islam, UKM | ETIKA KOMUNIKASI ISLAM DALAM PENGUCAPAN POLITIK PILIHAN RAYA |
E-Prosiding
E-Prosiding seminar ini sudah mempunyai kod pendaftaran e-ISBN.
Maklumat Perhubungan
✨Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Urus Setia SKDSB 2024,
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi.
Tel: 03-89213154 / 5528