6th International Seminar on Da’wah (ISOD VI)

Latar Belakang

Perkembangan dakwah Islamiah pada era kontemporari telah melampaui batas sempadan geografi dan kenegaraan, khususnya melalui kemajuan pesat teknologi komunikasi dan media digital. Dakwah tidak lagi bersifat terhad kepada ruang lokal semata-mata, bahkan berkembang sebagai suatu gerakan rentas sempadan yang bersifat dinamik, inklusif, dan universal. Dalam konteks ini, mesej Islam disampaikan, dihayati, dan ditafsirkan merentasi wilayah, budaya, dan generasi, seiring dengan tuntutan dakwah era digital yang menekankan keterhubungan global dan kecepatan penyebaran maklumat.

Pemerkasaan dakwah Islamiah pada peringkat serantau dan antarabangsa amat bergantung kepada jaringan kerjasama strategik antara pelbagai pihak, khususnya institusi keilmuan dan akademik. Dalam hal ini, hubungan dakwah antara Malaysia dan Indonesia memiliki keunikan tersendiri yang berakar daripada sejarah, budaya serumpun, dan tradisi keilmuan Islam yang panjang. Jalinan dakwah Malaysia–Indonesia pada peringkat awal telah digerakkan oleh para ulama Nusantara, dengan Malaysia menerima pengaruh signifikan daripada tokoh-tokoh ulama tersohor Indonesia melalui penyebaran ilmu agama secara lisan dan tulisan, seperti Sheikh Abdul Rauf Singkel, Sheikh Shamsuddin al-Sumatrani, Sheikh Arshad al-Banjari, Buya Hamka dan tokoh-tokoh lain yang menjadi penghubung penting dakwah serantau Nusantara.

Berteraskan semangat dakwah rentas sempadan dan kesinambungan tradisi keilmuan ini, ISOD ke-6 diteruskan sebagai platform kolaborasi strategik antara dua institusi pengajian tinggi Malaysia–Indonesia, iaitu Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang, Indonesia. Seminar ini bertujuan menghimpunkan para ilmuwan, pendakwah, dan pengkaji bagi membahaskan isu-isu semasa dakwah Islamiah, termasuk cabaran dan peluang dakwah serantau dalam era digital, demi memperkukuh pemberdayaan dakwah dalam lingkungan budaya serumpun Malaysia–Indonesia.

Objektif Program

  • Menyediakan platform ilmiah rentas sempadan bagi ahli akademik, penyelidik, pendakwah, dan pengamal dakwah untuk berkongsi pemikiran, dapatan kajian, serta pengalaman praktikal dalam memperkasa dakwah Islamiah berasaskan budaya serumpun Malaysia–Indonesia.
  • Memperkukuh jaringan kerjasama dakwah serantau antara institusi pengajian tinggi, pusat penyelidikan, dan organisasi dakwah di Malaysia dan Indonesia sebagai usaha strategik untuk meluaskan jangkauan dakwah Islamiah merentasi sempadan geografi dan institusi.
  • Membahaskan pendekatan, cabaran, dan inovasi dakwah kontemporari, khususnya dalam menghadapi dinamika sosial, budaya, dan teknologi digital, bagi memperkukuh penyampaian mesej Islam yang bersifat universal, inklusif, dan relevan dalam konteks masyarakat serantau dan global.

Tarikh dan Tempat

🗓 Tarikh: 7 Mei 2026
⏱ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

📍Tempat: Fakultas Dakwah dan Komunikasi, Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang, Indonesia
📍Lokasi dalam peta: https://maps.app.goo.gl/sigqcxLToXUxLC1M6

Tarikh Penting Kertas Kerja:
📌 7 Jun 2026: Tarikh akhir penghantaran kertas kerja lengkap.
📌 Kertas kerja akan diterbitkan dalam e-pascasidang.

Kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam Jurnal al-Hikmah dan Bab dalam Buku (dengan yuran tambahan)

Tema dan Sub-Tema

Tema: Dakwah Serantau Dalam Era Digital

Sub-Tema

  • Pendekatan dan Cabaran Dakwah Kontemporari
  • Dakwah dan Kepelbagaian Budaya
  • Psikologi, Komunikasi serta Pengurusan Dakwah
  • Kepimpinan, Politik dan Kesantunan Dakwah
  • Penyelidikan dan Institusi Dakwah
  • Dakwah Wanita, Belia dan Minoriti

Yuran

📌Pembentang
Pembentang kertas kerja (bersemuka) RM200.00
Pembentang kertas kerja (dalam talian) RM100.00
Yuran tidak termasuk bayaran penerbitan jurnal terpilih atau bab dalam buku.

📌Kertas Sisipan (semua kategori): RM50

[Kertas sisipan ialah kertas kerja yang dihantar untuk dimasukkan dalam e-pascasidang, namun tidak dibentangkan dalam seminar]

📌Peserta Biasa
Ahli Akademik/ Penyelidik/ Awam/ Pelajar IPTA/ IPTS: RM 30
Pelajar Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan: PERCUMA!

✨ Yuran penyertaan adalah termasuk makan/ minum dan bahan seminar.

Panggilan Kertas Kerja

Peluang pembentangan kertas kerja adalah dibuka kepada semua ahli akademik, siswa-siswi, penyelidik, pengamal dan seluruh masyarakat.

Pembentang boleh mendaftar untuk membuat pembentangan secara bersemuka atau pun secara online

📌 Kertas kerja dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

📌 Format penulisan kertas kerja menggunakan template dalam link di bawah:

📌 Peluang penerbitan:

  • E-Pascasidang
  • Bab dalam buku
  • Jurnal terpilih
    • Kertas kerja yang terpilih dan menepati kriteria penerbitan tertentu akan dicadangkan (dengan persetujuan penulis) diterbit sebagai bab di dalam buku suntingan terbitan penerbit tersohor atau dalam jurnal berwasit.
    • Kos penerbitan tersebut akan ditanggung oleh penulis.

Pendaftaran

Pendaftaran sebagai peserta dan pembentang boleh dilakukan dengan menggunakan borang dengan klik link di bawah: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfoTpBbPDFtDib_w8y0i_K_i631vdOFKRdM25UpuCaGRASvQQ/viewform .

Peserta dan pembentang boleh mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat bayaran. Bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 1 minggu sebelum seminar.

Pembentang boleh menggunakan borang yang sama untuk upload abstrak dan kertas kerja.

Atur Cara Utama

MasaAcara
8.00 – 8.30 pagiPendaftaran dan Sarapan
8.45 pagiUcapan Alu-aluan Pengerusi Majlis


9.00 pagi – 9.45 pagi


Majlis Perasmian Pembukaan
Ucapan Dekan Fakultas Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang, Indonesia
Ucapan Pengerusi Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Ucapan Perasmian oleh Rektor UIN Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang, Indonesia.
9.45 pagi – 10.30 pagiSidang Umum Ucaptama
Tempat/Lokasi/Ruangan: Ruang Rapat Lt.3 Rektorat Kampus Sudirman UIN Raden Fatah
Pengerusi Sidang/Moderator: Dr. Muslimin, M.Kom.I
Pengucaptama 1
Dr. Achmad Syarifudin, MA
Dekan, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah
Tajuk: Ekoteologi Islam dan Ecolifestyle (Transformasi Gaya Hidup Ramah Lingkungan)
Pengucaptama 2
Dr Zulkefli Aini
Pensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajuk: Memperkasa Kompetensi Pendakwah Muda melalui Latihan Amali Dakwah (LAD) dalam Era Digital: Integrasi Lapangan dan Teknologi
10.45 pagi – 12.45 tengahariSidang Pembentangan 1
Lihat jadual pembentangan di ruangan bawah.
Sidang Pembentangan Dalam Talian
Lihat jadual pembentangan di ruangan bawah.
12.45 tengahari– 2.00 petangRehat, makan tengahari, solat
2.15 petang – 4.15 petangSidang Pembentangan 2
Lihat jadual pembentangan di ruangan bawah.
4.30 petang
Majlis Penutup

Atur Cara Sidang Pembentangan Selari Kertas Kerja

SIDANG PEMBENTANGAN BERSEMUKA 1 (Ruang 1)

MASA : 10.45 – 12.45 Tengah hari

TEMPAT : Tempat/Lokasi/Ruangan:Ruang Rapat Lt.3 Rektorat Kampus Sudirman UIN Raden Fatah Palembang

PENGERUSI SIDANG : Dr. Muslimin, M.Kom.I

BilNamaInstitusiTajuk
1.Prof. Dr. Abdurrazaq, M.ADosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaKontra-Radikalisasi Melalui Dakwah Digital: Memetakan Efektivitas Konten Islam Moderat di Indonesia
2.Prof. Dr Abdul Ghafar DonPengerusi Pusat, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Universiti Kebangsaan MalaysiaDinamika Dakwah Dalam Menghadapi Tantangan Era Digital
3.Mei Sari, M.PdDosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaIntegrasi Dakwah Relatable dalam Layanan Konseling di Era Digital
4.Dr. Neni Noviza, M.Pd & Dr. Selvia Assoburu, M.HumDosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaRepresentatif Feminisme dalam Perspektif Islam pada Kitab Simbur Cahaya
5.Dr. Eni Murdiati, M.HumDosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaLocal Wisdom-Based Da’wah in Indonesia: Maintaining Harmony in a Plural Society
6.Triska Aulia Viranti, M.PdDosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaDakwah Serantau Berbasis Konseling Dalam Ekosistem Digital

SIDANG PEMBENTANGAN BERSEMUKA 1 (Ruang 2)

MASA : 10.45 – 12.45 Tengah hari

TEMPAT : Tempat/Lokasi/Ruangan:Ruang Rapat Lt.3 Rektorat Kampus Sudirman UIN Raden Fatah Palembang

PENGERUSI SIDANG : Dr. Rikas Saputra, M.Pd

BilNamaInstitusiTajuk
1.Dr. Candra Darmawan, M.HumDosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaDakwah Serantau di Era Digital: Strategi Komunikasi Lintas Batas dalam Membangun Moderasi Beragama
2.Prof. Madya Dr Nik Abdul Rahim Nik Abdul GhaniPengerusi Pusat, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Universiti Kebangsaan MalaysiaPeranan Tadbir Urus Syariah dalam Syarikat Pelancongan Umrah sebagai Medium Dakwah Kontemporari
3.Dr. Nuraida, M.AgDosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaTikTok: Inklusi Perempuan dalam Dakwah Digital
4.Dr Khazri OsmanPensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan MalaysiaTransformasi Peranan Mahasiswa Pengajian Islam dalam Era Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) dan Keperluan Kamahiran Dakwah.
5.Dr. Suryati, M.Pd, & Dr. Nazarmanto, M.ADosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Patah Palembang IndonesiaPeran Ustadzah dalam Dakwah Berbasis Masyarakat Islam di Era Modern di Indonesia
6.Jufrizal, M.ADosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaJurnalisme dan Moderasi Beragama: Peran Jurnalis dalam Promosi Moderasi di Sumatera Selatan.

SIDANG PEMBENTANGAN BERSEMUKA 2

MASA : 2.15 – 4.15 Petang

TEMPAT : Tempat/Lokasi/Ruangan:Ruang Rapat Lt.3 Rektorat Kampus Sudirman UIN Raden Fatah Palembang 

PENGERUSI SIDANG : Dr. Muslimin, M.Kom.I

BilNamaInstitusiTajuk
1.Prof. Dr. Badlihisham bin Mohd. Nasir, M.AUIN Raden Fatah Palembang Indonesia / Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Promoting Unity in Diversity of Islam” as a Dakwah Framework at the Japan Da‘wah Center Osaka with Reference to Malaysia and Indonesia.
2.Manalullaili, M.EdDosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaLanguage performance of Da’i Diaspora in delivering Dakwah in Adelaide, Australia
3.Dr. Ahmad Irdha MokhtarPensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan MalaysiaMaqasid Dakwah sebagai Kerangka Strategik dalam Ekosistem Dakwah Era Digital
4.Siham Abdelhamid BouchtitaPelajar Siswazah, Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysiaتعزيز الدعوة الرقمية على مقاصد العقيدة في المجتمع الإقليمي (Enhancing Digital Da`wah Based on the Objectives of Islamic Aqidah in the Regional Community)
5.Lilis Sukmawati, M.I.KomDosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaEksplorasi Isu Gender Dalam Pernikahan Endogami (Studi Fenomenologi Pemaknaan Perempuan Arab di Palembang
6.Dr. Nurseri Hasnah Nasution, M.AgDosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaGenealogi Kepemimpinan Dakwah K.H. Anwar bin Kumpul dan Kontribusinya terhadap Peradaban Islam Lokal
7.Sumaina Duku, M.Si Dr. Anang Walian, MA.Hum & Elly Rahmayanti, M.SiDosen, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang IndonesiaKerukunan Antar Umat Beragama di Provinsi Sematera Selatan: Studi Model Harmoni Sosial pada Masyarakat Heterogen
8.Afif Saiful Bahri AzamPelajar Pra-siswazah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan MalaysiaKemukjizatan al-Quran: Pengaruh Terhadap Jiwa dan Pendekatan Moden

SIDANG PEMBENTANGAN DALAM TALIAN 1

MASA : 10.45 pagi – 12.45 tengah hari

LINK ZOOM: https://zoom.us/j/97657795070?pwd=21yUlNr1wKIM7r2v8h4ky4vl0Dgd6z.1 

PENGERUSI SIDANG : Bela Janare Putra, M.Pd

BilNamaInstitusiTajuk
1.Dr. Muhrisal, S.Ag., M.PdDekan, Fakultas Dakwah dan Ilmu Komunikasi, UIN Imam Bonjol Padang IndonesiaGambaran Psikologis Da’i Berdakwah Pada Era Digital
2.Prof. Madya Dr A`Dawiyah IsmailPensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan MalaysiaPembangunan Emosi Wanita Bekerjaya Menghadapi Cabaran Rumah Tangga Menurut Islam
3.Muhammad Yunus, M.SosDosen Fakultas Dakwah dan Ilmu Komunikasi, UIN Imam Bonjol Padang IndonesiaRevitalisasi Peradaban Dakwah Kontenporer : Inovasi, Kepemimpinan, dan Teknologi Digital dalam Memperluas Syiar Islam Nusantara
4.Muhamad Azim RahimPelajar Siswazah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan MalaysiaTransformasi Kepimpinan Pendakwah: Kompetensi Pengetahuan dalam Dinamika Masyarakat Orang Asli
5.Khairunnisak KamarozamanPelajar Siswazah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan MalaysiaPenerapan Kesantunan Berbahasa dalam Komunikasi Majikan Terhadap Pekerja Berdasarkan Maksim Kesantunan Leech
6.Muhammad Zaqwan Yusuf, Dr. Siti Aishah Yahya & Prof. Dr. Salasiah Hanin HamjahPelajar Siswazah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan MalaysiaTahap Kesihatan Mental Dan Dimensi Personaliti Dalam Kalangan Remaja Yang Terlibat Dalam Ideologi Ekstremisme Berunsur Keganasan

SIDANG PEMBENTANGAN DALAM TALIAN 2

MASA : 10.45 pagi – 12.45 tengah hari

LINK ZOOM: https://zoom.us/j/97657795070?pwd=21yUlNr1wKIM7r2v8h4ky4vl0Dgd6z.1

PENGERUSI SIDANG : Elly Rahmayanti, M.Si

BilNamaInstitusiTajuk
1.Prof. Drs. Sabiruddin Juli, M.A., Ph.D & Fitriyani Tajudin, M.SosDosen, Fakultas Dakwah dan Ilmu Komunikasi, UIN Imam Bonjol Padang IndonesiaSurau Tinggi Calau: Tinjauan Sejarah dan Potensi Pengembangannya Sebagai Pusat Pendidikan dan Wisata Religi di Kabupaten Sijunjung
2.Dr. Siti Aishah Yahya, Prof. Dr. Mohd Kamarulnizam Abdullah, Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah, Muhammad Zaqwan Yusuf & Elma Natasha YusofPensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan MalaysiaDinamika Ketahanan Psikologi dan Pembinaan Semula Diri dalam Konteks Faktor Tolakan–Tarikan Fahaman Ekstremisme Keganasan  
3.Nazirman, S.Ag., MADosen Fakultas Dakwah dan Ilmu Komunikasi, UIN Imam Bonjol Padang IndonesiaAnalisis Kebutuhan Gen-Z terhadap Model Dakwah Terapeuik dalam Menyikapi Tantangan Global
4.Warlan SukandarDosen, Universitas Adzkia, Padang IndonesiaToward A Qalbun-Centered Model of Psychospiritual Counseling for Elderly Well-Being
5.Dr Hasanah Abd KhafidzPensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan MalaysiaMenempa Besi dari Strawberi: Pendekatan Strategik Dakwah Memperkasakan Pemimpin Masa Depan
6.Mazin Hamed al-MuqbaliPelajar Siswazah, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan MalaysiaPublic Speaking as a Core Element of Effective Leadership

E-Pascasidang
(akan dikemaskini kemudian)

Maklumat Perhubungan

✨Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Urus Setia ISODVI,
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi.
Tel: 03-89213154 / 03-89215528
Emel: zulaini@ukm.edu.my