
KOLOKIUM PRASISWAZAH PROGRAM PENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN
Kolokium Prasiswazah merupakan satu inisiatif tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan dengan kerjasama Exco Akademik Kelab Mahasiswa Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JAKMA), Fakulti Pengajian Islam, UKM. Program ini memberi peluang kepada pelajar tahun akhir untuk membentangkan hasil latihan ilmiah mereka di hadapan panel penilai, pensyarah, dan rakan-rakan pelajar. Melalui platform ini, pelajar dapat berkongsi dapatan kajian, bertukar pandangan, serta menerima maklum balas membina yang dapat mempertingkatkan kualiti penulisan dan penyelidikan mereka.
Kolokium ini juga bertujuan untuk memupuk budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pelajar, di samping meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran komunikasi mereka. Program ini turut menyediakan anugerah khas iaitu Anugerah Pembentang Terbaik, Anugerah Emas, Perak dan Gangsa bagi Kertas Kerja Terbaik dan Anugerah Latihan Ilmiah on Time (LIOT) sebagai galakan kepada pelajar untuk menghasilkan kerja ilmiah yang berkualiti tinggi.